that moment
when
Tuesday, May 30, 2017 , 10:17 AM
Kamu dan Aku


Ego
Membinasakan diri.
Tidak diperlukan tetapi hadir sendiri.
Menjadi senjata dan racun bagi manusia.
Perlukah sesuatu seperti ini menyeksa,
Dan kita yang lemah menjadi mangsa.

Cinta,
Indah, ibarat pelangi yang cerah
Awang-awangan, kita diterbangkan bayu dipanggil cinta.
Tetapi, setiap yang indah ada buruknya.
Pelangi hadir kerna ribut, bayu lembut menjadi beliung.
Jagalah cinta sekiranya mahu indah.

Minda.
Kuat, mampu dimanipulasikan.
Ditipu, menipu dan mengaburkan.
Mampu berfikir, sekiranya emosi dihalang.

Emosi.
Mampu menguasai minda.
Sekiranya diikut, nescaya hancur diri.
Sakit, mudah disakiti.
Jagalah emosi. 
Kerna emosi itu sesuatu yang indah.

Manusia.
Penuh dengan silap.
Bermula dengan tiada apa-apa,
Pergi pun sama.
Setiap langkah diambil,
Keputusan dibuat.
Belajar, itulah cara untuk menjadi manusia.